DENGAN lebih banyak aturan kerja fleksibel (FWA) yang ditawarkan majikan hari ini, lebih ramai wanita yang sebelum ini perlu berhenti bekerja atas sebab-sebab seperti penjagaan anak kini kembali aktif dalam ekonomi.
Aturan kerja fleksibel itu bersama usaha lain seperti pelbagai program dan inisiatif untuk menyokong kaum Hawa kembali bekerja antara lain telah menyumbang kepada kenaikan kadar pengambilan kerja bagi wanita...





