POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 35 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat membantu along atau ceti haram menjalankan bisnesnya.
Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata pada 12 Januari mereka mendapat maklumat mengenai kes gangguan pemiutang haram di Pasir Ris Drive 4 di mana mangsa menerima gambar-gambar unit rumahnya dengan mesej berkaitan hutangnya.





