PEMIMPIN Singapura telah mengucapkan takziah kepada rakyat Indonesia atas kejadian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu.
Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah menulis kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, manakala Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah menulis kepada rakan sejawatannya Cik Retno Marsudi, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.





