KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Sumber BN yang dihubungi pada tengah hari Selasa (5 Jan) mengesahkan perkara itu serta memaklumkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, akan mengambil alih tugas Tan Sri Annuar selepas ini, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM).





