DATA TraceTogether boleh diperolehi Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi siasatan jenayah, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, di Parlimen semalam.
Menjawab soalan Encik Christopher De Souza (GRC Holland-Bukit Timah) apakah data TraceTogether akan digunakan bagi siasatan jenayah dan apakah peruntukkan dan perlindungan undang-undang dalam menggunakan data sedemikian, Encik Tan berkata SPF diberi kuasa...





