PROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah dibatalkan, setelah kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang disarankan Malaysia menjelang tarikh akhir 31 Disember 2020.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (1 Januari). Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia telah menyarankan beberapa perubahan kepada...





