HAMPIR sembilan dalam 10 penduduk yang layak telah menyertai program jejak kontak digital pemerintah, walaupun timbul kritikan awam mengenai isu privasi dan kepercayaan bersangkutan dengannya.
Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan, menjelaskan di sidang Parlimen pada Jumaat (26 Februari), seramai 4.7 juta penduduk memiliki aplikasi TraceTogether atau telah mendapatkan token TraceTogether.





