DUBAI: Arab Saudi telah melanjutkan sekatan selama 20 hari ke atas kegiatan hiburan, perhimpunan dan khidmat restoran bagi mengekang penularan koronavirus, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad (14 Februari).
Menukil kenyataan Kementerian Dalam Negari Arab Saudi, pengumuman itu juga melanjutkan beberapa langkah yang diperkenalkan 10 hari lalu meliputi penutupan pawagam dan pusat sukan tertutup.





