PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berkata perkembangan positif dalam isu tudung bagi jururawat bukan hanya bermula dari usaha beberapa bulan kebelakangan ini.
Sebaliknya, ia merupakan kesinambungan perjuangan yang telah dimulakan oleh sesepuh atau masyayikh (penasihat mapan) Pergas sejak tahun 1980-an lagi dan terus disambung oleh kepimpinan Pergas sehingga hari ini, bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain seperti Majlis...





