JAKARTA: Indonesia telah melarang Mudik, amalan tahunan di mana berjuta rakyat negara tersebut balik kampung pada hujung Ramadan menjelang Aidilfitri, kerana bimbang akan peningkatan jangkitan Covid-19.
Pada Jumaat (26 Mac), pemerintah Indonesia berkata ia akan melarang Mudik sedang negara tersebut berusaha melaksanakan kempen pemvaksinan.





