SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Indonesia larang balik kampung jelang Ramadan, Aidilfitri

Indonesia larang balik kampung jelang Ramadan, Aidilfitri

Mar 26, 2021 | 8:36 PM

Indonesia larang balik kampung jelang Ramadan, Aidilfitri

Indonesia telah melarang Mudik, amalan tahunan di mana berjuta rakyat negara tersebut balik kampung pada hujung Ramadan menjelang Aidilfitri. - Foto THE JAKARTA POST
Indonesia telah melarang Mudik, amalan tahunan di mana berjuta rakyat negara tersebut balik kampung pada hujung Ramadan menjelang Aidilfitri. - Foto THE JAKARTA POST -

JAKARTA: Indonesia telah melarang Mudik, amalan tahunan di mana berjuta rakyat negara tersebut balik kampung pada hujung Ramadan menjelang Aidilfitri, kerana bimbang akan peningkatan jangkitan Covid-19.

Pada Jumaat (26 Mac), pemerintah Indonesia berkata ia akan melarang Mudik sedang negara tersebut berusaha melaksanakan kempen pemvaksinan.

"Tidak akan ada Mudik pada 2021," kata Menteri Kebudayaan Muhadjir Effendy dalam satu kenyataan.

Namun, beliau menambah beberapa orang mungkin mendapat pengecualian untuk "perjalanan terdesak", tanpa mengulas lanjut.

Negara tersebut pada awalnya mengumumkan ia mahu memvaksinasi lebih 181 juta penduduknya dalam setahun.

Indonesia melaporkan hampir 1.5 juta jangkitan Covid-19 dan lebih 40,000 kematian. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg