POLIS telah menangkap lelaki berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kes memiliki senjata serangan di tempat awam.
Dalam kenyataannya, polis berkata pada 14 Mac 2021, sekitar 12.01 pagi, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan apabila seorang lelaki dikatakan kelihatan membawa pisau dan menuju ke arah kedai kopi sekitar Clementi West Street 2.





