SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki 40 tahun ditangkap kerana miliki senjata serangan

Lelaki 40 tahun ditangkap kerana miliki senjata serangan

Mar 14, 2021 | 6:56 PM

Lelaki 40 tahun ditangkap kerana miliki senjata serangan

Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA -

POLIS telah menangkap lelaki berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kes memiliki senjata serangan di tempat awam.

Dalam kenyataannya, polis berkata pada 14 Mac 2021, sekitar 12.01 pagi, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan apabila seorang lelaki dikatakan kelihatan membawa pisau dan menuju ke arah kedai kopi sekitar Clementi West Street 2.

Setibanya di lokasi itu, pegawai polis dari Divisyen Polis Clementi telah mengenal pasti identiti lelaki berusia 40 tahun itu dan menangkapnya.

Sebilah pisau telah dirampas sebagai paparan kes.

Lelaki berkenaan akan didakwa di mahkamah pada 15 Mac atas kesalahan memiliki senjata serangan di tempat awam. Dia didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakis dan Ledakan dan Senjata Serangan.

Kesalahan membawa senjata serangan di tempat awam membawa pada hukuman penjara yang boleh dilanjutkan hingga tiga tahun dan sekurang-kurangnya rotan sebanyak enam kali.

Polis tidak bertolak ansur dalam menangani tindakan mereka yang tebal muka ini serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas sesiapa yang terang-terangan melanggar undang-undang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg