SEORANG penunggang motosikal berusia 57 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi Sabtu (13 Mac) yang melibatkan kenderaannya dan sebuah bas mini.
Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 6.45 pagi. Ia berlaku di PIE menghala ke arah Tuas sebelum laluan keluar Ekspreswe Bukit Timah.





