Topic followed successfully
Go to BHkuPenunggang motosikal 57 tahun terkorban dalam kemalangan dengan bas mini
Penunggang motosikal 57 tahun terkorban dalam kemalangan dengan bas mini
Mar 13, 2021 | 11:56 AM
Penunggang motosikal 57 tahun terkorban dalam kemalangan dengan bas mini
Foto FACEBOOK SG VIGILANTE -
SEORANG penunggang motosikal berusia 57 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada pagi Sabtu (13 Mac) yang melibatkan kenderaannya dan sebuah bas mini.
Jurucakap polis memberitahu akhbar The Straits Times, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 6.45 pagi. Ia berlaku di PIE menghala ke arah Tuas sebelum laluan keluar Ekspreswe Bukit Timah.
Paramedik mengesahkan kematian lelaki itu di tempat kejadian.
Polis menambah pemandu bas mini berusia 38 tahun itu ditangkap kerana kecuaian memandu menyebabkan kematian.
Siasatan masih dijalankan.

