SEBUAH galeri baru di ruang seni Arts House akan dikhususkan bagi penerima Pingat Budaya Singapura dengan satu simpanan digital nasional yang menyeluruh dibangunkan bagi mendokumentasikan sumbangan mereka.
Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, mengumumkan pembentukan galeri baru itu di Parlimen sewaktu perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya pada Isnin (8 Mac).





