SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Galeri baru penerima Pingat Budaya bakal dibentuk di Arts House

Galeri baru penerima Pingat Budaya bakal dibentuk di Arts House

Mar 8, 2021 | 8:35 PM

Galeri baru penerima Pingat Budaya bakal dibentuk di Arts House

Foto fail ARTS HOUSE
Foto fail ARTS HOUSE -

SEBUAH galeri baru di ruang seni Arts House akan dikhususkan bagi penerima Pingat Budaya Singapura dengan satu simpanan digital nasional yang menyeluruh dibangunkan bagi mendokumentasikan sumbangan mereka.

Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, mengumumkan pembentukan galeri baru itu di Parlimen sewaktu perbahasan mengenai belanjawan kementeriannya pada Isnin (8 Mac).

Pingat Budaya adalah pengiktirafan kesenian tertinggi Singapura. Sekitar 128 penggiat seni sudah menerima pengiktirafan ini sejak ia diperkenalkan pada 1979.

Idea membangun galeri itu diusulkan selepas Majlis Seni Kebangsaan (NAC) merujuk kepada lebih 50 penerima Pingat Budaya mengenai apa lagi yang perlu dilakukan bagi lebih menyokong sektor seni dan budaya.

NAC akan bekerjasama dengan Lembaga Perpustkaan Negara bagi mewujudkan simpanan sumber digital.

"Ini akan memberikan warga Singapura pemahaman bernilai tentang sejarah budaya Singapura," kata Cik Low.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg