SINGAPURA sedang "memperhalusi" undang-undang yang diusulkan untuk menentang kempen maklumat bersikap bermusuhan dan melindungi negara ini daripada ancaman campur tangan asing dalam politik domestiknya.
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkata negara ini sedang mengkaji "langkah-langkah di bawah perundangan" yang akan membolehkannya memperolehi maklumat untuk menyiasat jika kempen sedemikian dilaksanakan pelaku asing untuk menumbangkan politik domestik, mematahkan penyebarannya...





