KIRIA Tikanah Abdul Rahman menjadi atlet lawan pedang kedua Singapura untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo.
Mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS) berusia 20 tahun itu berjaya menewaskan pesaing dari Kazakhstan, Ulyana Balaganskaya 15-13 dalam final acara epee wanita di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent, Uzbeskistan kelmarin.





