MINNEAPOLIS: Orang ramai berhimpun di serata Amerika Syarikat, termasuk di bandar New York (gambar), dan bersorak gembira setelah mendengar keputusan juri yang mendapati seorang bekas pegawai polis Minneapolis bersalah membunuh Encik George Floyd semasa memberkasnya pada Mei tahun lau.
Kematian Encik Floyd, seorang lelaki berkulit hitam, telah mencetus ketegangan kaum, pergolakan sosial dan politik sepanjang tahun lalu.





