SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sorak gembira iringi keputusan juri

Sorak gembira iringi keputusan juri

Apr 22, 2021 | 5:30 AM

Sorak gembira iringi keputusan juri

Foto: AFP
Foto: AFP -

MINNEAPOLIS: Orang ramai berhimpun di serata Amerika Syarikat, termasuk di bandar New York (gambar), dan bersorak gembira setelah mendengar keputusan juri yang mendapati seorang bekas pegawai polis Minneapolis bersalah membunuh Encik George Floyd semasa memberkasnya pada Mei tahun lau.

Kematian Encik Floyd, seorang lelaki berkulit hitam, telah mencetus ketegangan kaum, pergolakan sosial dan politik sepanjang tahun lalu.

Di George Floyd Square, orang ramai bersorak dan bertepuk tangan setelah mendengar berita tentang keputusan itu.

Persimpangan jalan itu dinamakan sempena Encik Floyd, 46 tahun, yang meninggal dunia setelah seorang pegawai polis kulit putih, Encik Derek Chauvin, menekan leher Encik Floyd dengan lututnya.

Ia menjadi tempat bagi orang ramai menunjuk perasaan, setelah kematian Encik Floyd menjadikannya wajah di sebalik gerakan terhadap ketidakadilan kaum dan keganasan polis. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg