SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 ($639.17) masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti ziarah Raya baru-baru ini.
Turut dikompaun ialah bekas isteri Norman dan selebriti Abby Abadi serta suaminya, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing sebanyak RM2,000 kerana turut serta dalam aktiviti berkenaan...





