UJIAN reaksi rantaian polymerase (PCR) yang dikendalikan di blok 325A Sumang Walk sekitar Punggol sudah selesai dengan kesemua 452 penduduk dan pengunjung blok yang menjalani ujian didapati negatif Covid-19 sehingga 5 petang Khamis (10 Jun).
Ini dijelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis malam.





