SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

452 penduduk, pengunjung blok HDB Sumang Walk di Punggol negatif Covid-19: MOH

452 penduduk, pengunjung blok HDB Sumang Walk di Punggol negatif Covid-19: MOH

Jun 10, 2021 | 10:57 PM

452 penduduk, pengunjung blok HDB Sumang Walk di Punggol negatif Covid-19: MOH

Foto BH oleh KEVIN LIM
Foto BH oleh KEVIN LIM -

UJIAN reaksi rantaian polymerase (PCR) yang dikendalikan di blok 325A Sumang Walk sekitar Punggol sudah selesai dengan kesemua 452 penduduk dan pengunjung blok yang menjalani ujian didapati negatif Covid-19 sehingga 5 petang Khamis (10 Jun).

Ini dijelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis malam.

Operasi ujian wajib di Sumang Walk itu bermula pada pagi Selasa.

Penduduk dan pengunjung blok itu diminta tampil bagi operasi ujian tersebut oleh MOH selepas lapan kes jangkitan koronavirus dikesan dalam kalangan tiga keluarga yang menetap di situ.

Sementara itu, MOH menambah daripada sejumlah 4,347 pengunjung blok 505 Hougang Avenue 8 serta penduduk dan pengunjung blok jiran yang tampil bagi ujian tersebut, 4.273 orang disahkan negatif Covid-19.

Hasil ujian lagi 74 orang masih dinantikan.

Blok jiran ini adalah 511 Hougang Avenue 10; 681, 683 dan 684 Hougang Avenue 8; 682 Hougang Avenue 4; 685 dan 698 Hougang Street 61.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg