PROGRAM cabaran kesihatan nasional yang diperkenalkan Lembaga Menggalak Kesihatan (HPB) didapati telah membazirkan dana awam bernilai $5.39 juta kerana alat pengesan kesihatan yang tidak digunakan, kata Pejabat Juruaudit Negara (AGO).
Dalam audit tahunan bagi akaun pemerintah, AGO menarik perhatian tentang tuntutan salah yang dibayar kepada pegawai atau pesara tidak layak selama lebih dua tahun yang ditadbirkan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam...





