ATLET memanah para nasional Nur Syahidah Alim telah mengatasi rintangan pertama dalam acara kompaun terbuka wanita selepas menduduki tempat ketujuh antara 24 peserta di pusingan saringan.
Bertanding dalam paralimpik kedua, Nur Syahidah mencatat skor 682 mata untuk melangkah ke pusingan kalah-mati pada Isnin ini.





