KABUL: Kumpulan Taleban, yang berjanji akan mempunyai pemerintahan "berbeza secara positif" di Afghanistan berbanding rejim kejam mereka dua dekad lalu, bertemu mantan presiden Hamid Karzai dan pegawai kanan Abdullah Abdullah kelmarin, sedang mereka berusaha membentuk pemerintah baru.
Rundingan itu dilakukan tatkala Presiden Ashraf Ghani - yang melarikan diri dari Afghanistan ketika pasukan Taleban mengepung ibu kota Kabul hujung minggu lalu...





