SEORANG pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat telah memenangi antara anugerah awam tertinggi sempena Hari Kebangsaan tahun ini.
Encik Zulkefle Abdul Rahman, pengerusi MAEC Kelab Masyarakat (CC) Kampong Chai Chee menerima anugerah Bintang Bakti Masyarakat (Lintang). Beliau antara 15 individu yang menerima penghormatan itu yang antara lain bertujuan mengiktiraf jasa kepada masyarakat dan negara.





