CIRI 'pendedahan yang mungkin berlaku' atau 'possible exposure' pada aplikasi TraceTogether telah ditiadakan kerana Kementerian Kesihatan (MOH) telah mewujudkan kategori amaran kesihatan yang baru bagi menguruskan pandemik Covid-19.
Dengan keadaan koronavirus yang berubah, MOH telah mereka cipta tiga kategori baru yang menjadikan penggunaan TraceTogether, SafeEntry dan data relevan lain lebih canggih, jelas pengemaskinian senarai soalan kerap ditanya (FAQs) dalam aplikasi...





