Ahli Parlimen (AP) Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan AP Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengambil alih kepimpinan Parti Bersama Malaysia.

Kededua pemimpin itu juga akan mengosongkan kerusi parlimen masing-masing dan mengundur diri dari PKR.

Langkah tersebut diumumkan di satu majlis khas yand dianjurkan dua mantan menteri itu, di Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor, pada petang 17 Mei.

Mengikut rekod, Parti Bersama Malaysia adalah sebuah parti politik kecil di Pulau Pinang, yang sudah ditubuhkan sejak 2016.

Datuk Rafizi, mantan Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi yang juga mantan Naib Presiden PKR, mengambil alih Parti Bersama Malaysia itu secara simbolik daripada Presiden dan pengasasnya, Encik Tan Gin Theam, di majlis yang bertujuan mengumumkan hala tuju dua tokoh politik itu, menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-16.