SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hide jadi wira bantu Tampines bangkit tebus kekalahan lalu

Hide jadi wira bantu Tampines bangkit tebus kekalahan lalu

Young Lions rasa manis kemenangan buat kali pertama
Apr 13, 2026 | 1:50 PM

Hide jadi wira bantu Tampines bangkit tebus kekalahan lalu

Penyerang BG Tampines Rovers, Hide Higashikawa (kiri), melengkapkan hatriknya dan mendapatkan gol kemenangan Tampines ke atas Geylang International pada 11 April. Kesemua jaringan Tampines dalam perlawanan tersebut adalah hasil tandukan.
Penyerang BG Tampines Rovers, Hide Higashikawa (kiri), melengkapkan hatriknya dan mendapatkan gol kemenangan Tampines ke atas Geylang International pada 11 April. Kesemua jaringan Tampines dalam perlawanan tersebut adalah hasil tandukan. - Foto ST

BG Tampines Rovers kembali temui rentak kemenangan dengan cara penuh dramatik pada 11 April, sekali gus memastikan ketua jurulatih baru mereka, Katsuhito Kinoshi, tidak memulakan tugasnya dengan dua kekalahan berturut-turut selepas tewas kepada Albirex Niigata pada minggu sebelumnya.

Walaupun Geylang kelihatan hampir pasti meraih kemenangan ketika perlawanan di Our Tampines Hub berbaki hanya beberapa minit, penyerang Tampines asal Jepun, Hide Higashikawa, tampil sebagai wira.

Beliau menjaringkan hatrik – semuanya menerusi tandukan – termasuk gol kemenangan yang dihasilkan lapan minit semasa waktu kecederaan.

Perlawanan tersebut penuh turun naik bagi kededua penyokong dan pemain.

Tampines bermula cemerlang dengan jaringan pertama Higashikawa pada minit kelima, namun hanya empat minit kemudian, perlawanan terpaksa dihentikan seketika akibat amaran kilat.

Namun, walaupun dengan pemberhentian hampir dua jam, ia kelihatan tidak menjejas fokus Tampines, yang menambah jaringan melalui Higashikawa sekali lagi hanya tiga minit selepas perlawanan dimulakan semula.

Namun, Geylang yang mulanya mempamerkan semangat luar biasa, menjaringkan dua gol penyamaan sebelum separuh masa pertama berakhir melalui Kaisei Ogawa dan Shodai Yokohama, dan kemudian mendahului perlawanan 3-2 melalui Shuhei Hoshino.

Tetapi Jacob Mahler menghentikan sambutan mereka dengan gol penyamaan lima minit dalam masa tambahan, sebelum Higashikawa menyusul dengan jaringan pelengkap hatriknya untuk memastikan pihak lawan pulang dengan kekecewaan.

Perlawanan berakhir 4-3 memihak kepada Tampines.

“Kami tidak pernah kehilangan motivasi untuk mendapatkan tiga mata. Keputusan seperti ini boleh membantu menyatukan penyokong,” kata Kinoshi selepas perlawanan.

“Kemenangan ini adalah tanda bahawa kami masih boleh menjadi juara, dari segi matematik. Masih ada peluang, jadi kami mesti mengejarnya.”

Tampines kini mempunyai 36 mata, lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, dengan kelebihan satu perlawanan.

Penyerang Young Lions, Sergio Mendoca (jersi biru), menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil gerakan hebat pasukan. Kemenangan 1-0 itu merupakan kemenangan kedua selepas kemenangan 2-0 Hougang United ke atas Young Lions pada 30 Januari diubah menjadi kemenangan kepada Young Lions. Hougang telah turunkan seorang pemain yang tidak layak akibat tidak memiliki pas kerja yang sah.
Penyerang Young Lions, Sergio Mendoca (jersi biru), menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil gerakan hebat pasukan. Kemenangan 1-0 itu merupakan kemenangan kedua selepas kemenangan 2-0 Hougang United ke atas Young Lions pada 30 Januari diubah menjadi kemenangan kepada Young Lions. Hougang telah turunkan seorang pemain yang tidak layak akibat tidak memiliki pas kerja yang sah. - Foto FACEBOOK YOUNG LIONS

Young Lions pula akhirnya meraih kemenangan pertama musim ini selepas menundukkan Tanjong Pagar United 1-0 di Stadium Jurong East pada 10 April.

Gol tunggal perlawanan hadir seawal lima minit perlawanan, dengan gerakan hebat Young Lions yang disempurnakan dengan jaringan Sergio Mendoca.

Perlawanan tersebut menyaksikan Tanjong Pagar mengasak kubu Young Lions, malah barisan pertahanan dan penjaga gawang mereka, Izwan Mahbud, berdiri teguh mempertahankan kelebihan untuk peroleh kemenangan berharga bagi mereka.

Sebelum ini, satu-satunya kemenangan Young Lions hadir melalui keputusan teknikal susulan kes Hougang United menurunkan pemain tidak layak, namun kali ini tiga mata diraih sepenuhnya hasil usaha di padang.

Kekalahan ini pula merupakan yang kesembilan berturut-turut buat Tanjong Pagar, sekali gus menonjolkan krisis berpanjangan yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Jurulatih Young Lions, Firdaus Kassim, berharap kemenangan ini dapat memberi mereka suntikan semangat untuk berdepan dengan pasukan yang lebih mencabar bagi baki musim mereka.

“Saya rasa ia baik untuk mendapatkan kemenangan sekarang, tetapi kami akan berdepan dengan (Lion City) Sailors, Tampines dan Albirex (Niigata). Inilah perlawanan yang kami nantikan untuk cabar diri kami,” katanya selepas perlawanan.

Penyerang Lion City Sailors, Shawal Anuar (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Hougang United pada 12 April. Kemenangan tersebut memastikan Sailors masih mempunyai kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Singapura.
Penyerang Lion City Sailors, Shawal Anuar (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Hougang United pada 12 April. Kemenangan tersebut memastikan Sailors masih mempunyai kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Singapura. - Foto FACEBOOK LION CITY SAILORS

Sementara itu, Sailors meneruskan penguasaan mereka dalam SPL dengan kemenangan 4-1 ke atas Hougang United di Stadium Jalan Besar pada 12 April.

Walaupun Hougang tampil berani dan kompetitif sepanjang separuh masa pertama, kualiti skuad Sailors akhirnya menjadi pembeza.

Pada separuh masa kedua, Sailors meningkatkan tempo permainan dan memanfaatkan peluang yang ada untuk menjaringkan gol, sekali gus memastikan kemenangan selesa untuk mengukuhkan lagi tempat mereka di puncak SPL.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg