Topic followed successfully
Go to BHkuTertuduh dalam kes bunuh di Geylang dibawa semula ke lokasi kejadian
Tertuduh dalam kes bunuh di Geylang dibawa semula ke lokasi kejadian
Tertuduh dalam kes bunuh di Geylang dibawa semula ke lokasi kejadian
Seorang lelaki berusia 48 tahun yang didakwa membunuh seorang warga emas di Geylang telah dibawa semula ke tempat kejadian oleh pihak polis pada 3 April.
Ong Hou Cheong didakwa menyebabkan kematian Chow Ling Fei, 70 tahun, yang meninggal dunia di hospital pada 9 Mac.
Difahamkan bahawa kedua-dua lelaki itu saling mengenali antara satu sama lain, dan mangsa dipercayai mengalami kesan tikaman di bahagian dada.
Pihak polis menerima laporan mengenai satu pergaduhan di Lorong 16 Geylang pada sekitar 8.15 pagi, 9 Mac.
Apabila anggota polis tiba di lokasi, terdapat kesan darah di laluan pejalan kaki berhampiran kawasan tong sampah, berdekatan sebuah kuil Buddha.
Lelaki warga emas itu kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ong pula dibawa ke hospital dalam keadaan sedar dan didakwa atas tuduhan membunuh pada 10 Mac.
Pada 3 April, Ong diiringi polis untuk kembali ke lokasi kejadian sekitar 9.15 pagi.
Memakai baju kemeja merah dan seluar pendek hitam, dengan tangan dan kakinya diikat, Ong tidak menunjukkan perasaan ketika disoal siasat oleh pegawai polis di sebuah tempat letak kereta privet di luar kuil tersebut.
Dia kemudian dibawa masuk ke kawasan tempat letak kereta dan ke bahagian depan kuil, di mana Ong ditunjukkan beberapa bahan bukti yang telah diletakkan di atas lantai.
Dahi Ong kelihatan berkerut pada beberapa ketika, dan pada sesetengah detik banyak bergerak dan menggunakan isyarat tangan ketika memberi respons kepada pegawai polis.
Dia kemudian disoal siasat lagi di depan tiga tong sampah besar.
Pegawai polis seterusnya membawanya masuk ke dalam kuil yang dikenali sebagai Shanyuan Ancient Buddhist Lodge dan berbual dengannya selama sekitar lima minit.
Ong diiring keluar dari lokasi pada 9.38 pagi.
Siasatan tersebut menarik perhatian sekitar 20 orang pemerhati, yang berkumpul di seberang jalan dan menyaksikan Ong dibawa di sekeliling lokasi kejadian.

