SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB

Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB

Seorang berdepan hukuman mati, seorang lagi didenda RM1,700
Mar 31, 2026 | 1:06 PM

Dua warga S’pura didakwa bunuh, cederakan mangsa di JB

Tertuduh pertama, Muhammad Arif Saiyadi (kiri), didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain (kanan), didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Tertuduh pertama, Muhammad Arif Saiyadi (kiri), didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain (kanan), didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

JOHOR BAHRU: Dua penyelia kilang warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 31 Mac, atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua individu berlainan dalam kejadian awal Mac.

Tertuduh pertama, Muhammad Arif Saiyadi, 25 tahun, menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Manakala Shahid Nazareen Shah Phul Bahar Hussain, 33 tahun, didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Di Mahkamah Majistret 1, Muhammad Arif didakwa membunuh Chia Hon Chung, pada 14 Mac, kira-kira 5.30 pagi, di Persiaran Southkey 1 berhampiran sebuah premis perniagaan di Kota Southkey.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa menyebabkan kematian mangsa di lokasi tersebut dalam daerah Johor Bahru.

Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara antara 30 dengan 40 tahun, serta sebat tidak kurang 12 kali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Aishah Latif.

Majistret Nabilah Nizam menetapkan 3 Jun ini untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan toksikologi, kimia, dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 3, Shahid Nazareen, mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan Mohamad Adam Haikal Zakaria, dalam kejadian berasingan pada tarikh sama, kira-kira 4.30 pagi.

Fakta kes mendedahkan, tertuduh menumbuk mata kanan mangsa selepas pertelingkahan di tandas sebuah kelab hiburan di Persiaran Southkey 1.

Tertuduh ditahan polis pada 18 Mac, kira-kira 12.15 pagi, dan siasatan mengesahkan perbuatannya dilakukan dengan sengaja.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,700, atau dipenjara empat bulan jika gagal membayar.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon denda dikurangkan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Cik Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, mengambil kira kecederaan mangsa.

Kes dikendalikan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg