SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

SIA siar perlawanan Piala Dunia secara langsung dalam penerbangan

SIA siar perlawanan Piala Dunia secara langsung dalam penerbangan

Apr 7, 2026 | 2:44 PM

SIA siar perlawanan Piala Dunia secara langsung dalam penerbangan

Perlawanan tersebut akan disiarkan dalam semua pesawat Boeing 787-10 dan Boeing 737-8 milik Singapore Airlines (SIA), serta 41 pesawat Airbus A350-900 dan lapan pesawat Boeing 777-300ER.
Perlawanan tersebut akan disiarkan dalam semua pesawat Boeing 787-10 dan Boeing 737-8 milik Singapore Airlines (SIA), serta 41 pesawat Airbus A350-900 dan lapan pesawat Boeing 777-300ER. - Foto BT

Peminat bola sepak yang menaiki Singapore Airlines (SIA) dari 11 Jun hingga 19 Julai tidak perlu risau terlepas aksi Piala Dunia.

Ini kerana perlawanan akan disiarkan secara langsung dalam pesawat.

Aksi bola sepak itu adalah sebahagian daripada acara sukan utama dunia yang ditawarkan melalui Sport 24 di KrisWorld Live TV, yang turut menyajikan berita dan perniagaan terkini menerusi BBC News, ujar kenyataan syarikat penerbangan itu pada 7 April.

Perkhidmatan itu tersedia dalam semua pesawat Boeing 787-10 dan Boeing 737-8 milik SIA, serta 41 pesawat Airbus A350-900 dan lapan pesawat Boeing 777-300ER.

Siaran langsung bergantung pada liputan satelit, persetujuan penyiar, serta kelulusan kawal selia di laluan tertentu.

Naib Presiden Kanan Pengalaman Pelanggan SIA, Encik Yeoh Phee Teik, berkata langkah itu “menggambarkan kesungguhan kami untuk terus mempertingkat pengalaman dan tawaran dalam penerbangan SIA”.

Selain siaran langsung televisyen, KrisWorld menghidangkan lebih 1,900 pilihan hiburan, daripada filem pecah panggung dan siri televisyen yang mendapat pujian, hinggalah gabungan lagu popular carta teratas dan lagu indie (alternatif).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg