Topic followed successfully
Go to BHkuSIA tempat ke-3, Scoot ke-5 ranking syarikat penerbangan terbaik dunia 2026
SIA tempat ke-3, Scoot ke-5 ranking syarikat penerbangan terbaik dunia 2026
SIA tempat ke-3, Scoot ke-5 ranking syarikat penerbangan terbaik dunia 2026
Syarikat penerbangan utama Singapura, Singapore Airlines (SIA), telah mengukir nama di tempat ketiga dalam senarai Syarikat Penerbangan Perkhidmatan Penuh Terbaik Dunia bagi tahun 2026.
Kedudukan ini diumumkan oleh AirlineRatings.com, laman web penarafan terkemuka untuk produk dan keselamatan penerbangan.
SIA berada di belakang Qatar Airways (Doha), di takhta pertama, dan Cathay Pacific dari Hong Kong yang menduduki tempat kedua.
Sementara itu, Scoot, sayap kos rendah SIA, berjaya meraih tempat kelima dalam ranking Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia 2026.
Ia mengatasi HK Express, Jetstar, AirAsia, dan AirBaltic yang turut tersenarai.
Sebagai perbandingan, pencapaian ini lebih cemerlang berbanding tahun 2025, yang mana SIA berada di tempat kelima dan Scoot di tempat kelapan dalam kategori masing-masing.
AirlineRatings.com telah menerbitkan ranking Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia setiap tahun sejak 2014, dengan penilaian melibatkan kira-kira 370 syarikat penerbangan untuk senarai 2026.
SIA sentiasa menjadi langganan senarai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh terbaik sejak 2014 dan pernah merangkul gelaran teratas pada tahun 2019.
Scoot juga hampir setiap tahun tersenarai dalam kategori kos rendah terbaik sejak ranking tersebut mula diperkenalkan.
Malah, ia pernah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik di rantau Asia-Pasifik dari 2015 hingga 2018.
Bercakap kepada The Straits Times (ST), ketua eksekutif AirlineRatings.com yang berpusat di Perth, Cik Sharon Petersen, menjelaskan bahawa semua syarikat penerbangan dinilai oleh pengulas, pakar penerbangan, dan pasukan globalnya.
“Ranking kami berpandukan faktor yang jelas dan boleh diukur seperti jarak antara tempat duduk (seat pitch), kemudahan seperti selimut dan bantal yang disediakan, serta pilihan menu.
“Kami juga bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa untuk menggarap aspek seperti perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan dalam penerbangan dengan lebih jitu,” tambahnya.
10 syarikat penerbangan perkhidmatan penuh terbaik bagi 2026:
1. Qatar Airways
2. Cathay Pacific
3. Singapore Airlines
4. Korean Air
5. Starlux Airlines
6. Japan Airlines
7. Turkish Airlines
8. Emirates
9. Air New Zealand
10. Etihad Airways
10 syarikat penerbangan kos rendah terbaik bagi 2026:
1. HK Express
2. Jetstar
3. AirAsia
4. AirBaltic
5. Scoot
6. Flynas
7. Breeze Airways
8. EasyJet
9. Wizz Air
10. Vietjet

