SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Wong tiba di Hainan bagi Sidang Tahunan Forum Bo’ao Asia

PM Wong tiba di Hainan bagi Sidang Tahunan Forum Bo’ao Asia

Mar 25, 2026 | 7:39 PM

PM Wong tiba di Hainan bagi Sidang Tahunan Forum Bo’ao Asia

Forum Bo’ao Asia, Lawrence Wong, hubungan Singapura-China
Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong (dua dari kiri), tiba di Hainan pada 25 Mac untuk menghadiri Sidang Tahunan Forum Bo’ao Asia (BFA) 2026, dan beliau dijadual menyampaikan ucaptama di sesi pembukaan. - Foto MDDI

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, tiba di Hainan pada 25 Mac menjelang Sidang Tahunan Forum Bo’ao Asia (BFA) 2026.

Dalam hantaran Facebook pada 25 Mac, Encik Wong menegaskan sokongan berterusan Singapura terhadap BFA, sejak penubuhannya 25 tahun lalu.

“Saya berharap dapat memperkukuh hubungan kita melalui kerjasama yang bermakna, baik secara dua hala bersama China, mahupun dengan dan rakan-rakan di wilayah ini, demi memastikan ekonomi kita kekal terbuka, dan bersama-sama menempuh persekitaran sejagat yang semakin tidak menentu,” ujar beliau.

Platform serantau itu bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi. Ia ditubuhkan pada 2001, tahun yang sama China menyertai Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO).

Perbincangan di forum 2026 memberi tumpuan kepada kerjasama pelbagai hala, kerjasama serantau, inovasi dan kecerdasan buatan serta pembangunan yang menyeluruh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 24 Mac, Encik Wong dijadual melawat wilayah Hainan dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), China, dari 25 hingga 28 Mac.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg