Lelaki pukul, tendang dan ludah anggota polis dijel lebih 7 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki pukul, tendang dan ludah anggota polis dijel lebih 7 tahun

Jan 12, 2026 | 8:57 PM

Lelaki pukul, tendang dan ludah anggota polis dijel lebih 7 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mohd Taufik Hashim mengaku bersalah pada 12 Januari atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan dadah dan menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam.
Mohd Taufik Hashim mengaku bersalah pada 12 Januari atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan dadah dan menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam. - Foto fail

Walaupun berada di bawah perintah pengurangan hukuman, seorang lelaki memukul dan menendang dua anggota polis apabila mereka menemui dadah di dalam begnya semasa pemeriksaan pada Disember 2024.

Selepas digari, Mohd Taufik Hashim, 34 tahun, meludah ke arah seorang anggota polis ketiga semasa dia sedang disoal siasat.

Pada 12 Januari, Taufik mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan dadah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang penjawat awam.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun lima bulan dengan enam sebatan rotan, dan hukuman penjara tambahan selama 199 hari kerana melanggar syarat asas perintah pengurangan hukumannya itu.

Pada Jun 2020, Taufik dijatuhi hukuman penjara dan sebatan rotan atas kesalahan penggunaan dadah. 

Selepas dibebaskan pada Julai 2023, dia diletakkan di bawah perintah pengurangan hukuman dan perlu menjaga kelakuannya dari 25 Julai 2023 hingga 2 Julai 2025.

Pada 16 Disember 2024, anggota polis sedang melakukan rondaan di Clementi apabila mereka melihat Taufik sedang merokok berhampiran sebuah kawasan terlindung. 

Anggota polis melakukan pemeriksaan dan menemui dadah serta peralatan berkaitan di dalam begnya.

Ketika polis cuba menangkap Taufik, dia berjaya melarikan diri.

Polis mengejar dan berjaya menangkapnya, tetapi dia melawan dan menendang salah seorang anggota polis, menyebabkan beliau terjatuh dan kepalanya terhantuk ke tanah. Anggota polis itu mengalami lebam di kulit kepala, dada, dan lengan kanan.

Taufik kemudian memukul seorang lagi anggota polis di muka dan menendangnya di dada.

Selepas Taufik ditahan dan digari, seorang anggota polis ketiga tiba untuk menyoalnya. Namun, Taufik enggan menjawab soalannya dan meminta air. 

Apabila seorang anggota polis memberitahu air akan diberikan kemudian, Taufik marah dan meludah dua kali ke arah anggota polis itu, dan terkena muka dan pakaian seragamnya.

Semasa siasatan, Taufik juga enggan memberikan sampel air kencing untuk ujian. Dua bungkusan bahan kristal yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 gram methamphetamine dan peranti penapisan kaca bagi menyedut asap bahan larangan ditemui dalam begnya.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela kepada penjawat awam, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, sebatan rotan, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Mereka yang disabitkan kesalahan memiliki methamphetamine boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg