Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga transit di S’pura ditahan di NZ, miliki 18.5kg methamphetamine bernilai $4.1j

Jan 7, 2026 | 6:56 PM
Perkhidmatan Kastam New Zealand menganggarkan bahawa methamphetamine yang dirampas itu boleh menghasilkan sehingga 922,500 dos, dengan anggaran nilai pasaran sebanyak NZ$5.53 juta ($4.1 juta).
Perkhidmatan Kastam New Zealand menganggarkan bahawa methamphetamine yang dirampas itu boleh menghasilkan sehingga 922,500 dos, dengan anggaran nilai pasaran sebanyak NZ$5.53 juta ($4.1 juta). - Foto NEW ZEALAND CUSTOMS SERVICE

Seorang wanita penganggur, dalam perjalanan dari Singapura ke New Zealand, ditahan kerana membawa sebanyak 18.45 kilogram methamphetamine, dianggarkan bernilai sekitar $4.1 juta.

Menurut kenyataan Perkhidmatan Kastam New Zealand pada 6 Januari, wanita New Zealand berusia 33 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Auckland dari Singapura pada 4 Januari, dan kemudian disoal siasat lanjut oleh Kastam.

Agensi itu menyatakan, “Semasa pemeriksaan bagasi, pegawai Kastam menemui 18 bungkusan vakum dibungkus secara individu yang mengandungi bahan kristal putih. Ujian mengesahkan bahawa bahan tersebut adalah methamphetamine.”

Kastam New Zealand menganggarkan methamphetamine yang dirampas boleh menghasilkan sehingga 922,500 dos, dengan anggaran nilai pasaran sebanyak NZ$5.53 juta ($4.1 juta).

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), Biro Narkotik Pusat (CNB) mengesahkan wanita itu transit di Singapura sebelum penerbangan ke Auckland.

“Perjalanannya tidak bermula dari Singapura,” kata jurucakap CNB, sambil menambah bahawa “tidak sesuai” bagi agensi itu untuk mengulas lebih lanjut kerana kes itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa New Zealand.

Akhbar The New Zealand Herald, yang memetik dokumen mahkamah, melaporkan wanita itu – yang tiada alamat tetap – telah menaiki penerbangan SQ285 dari Singapura.

Dia didakwa atas satu pertuduhan mengimport dadah pada 5 Januari di sebuah mahkamah daerah dan direman sehingga April untuk pendengaran semula kes. Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Pengurus Kastam Lapangan Terbang Auckland, Encik Paul Williams, menegaskan:

“Sama ada anda sedar kandungan dalam bagasi anda (atau tidak), jika ia mengandungi dadah haram, anda akan ditahan.

“Kastam kekal komited untuk memerangi bahaya dadah haram dalam masyarakat kita. Tiada keuntungan kewangan yang setimpal dengan akibat buruk, termasuk kemungkinan risiko penjara seumur hidup.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg