MURID sekolah rendah perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) setiap dua minggu hingga sekolah tutup bagi cuti November, kata Kementerian Pendidikan (MOE).
Dalam satu surat yang dihantar kepada ibu bapa dan waris di portal digital 'Parents Gateway' semalam, MOE berkata 10 kit ART akan diberi kepada setiap murid mulai Isnin ini.





