SINGAPURA sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan keselamatan bekalan elektrik dan bahan api selamat di tengah-tengah gangguan sejagat yang menyebabkan harga menjulang ke paras tinggi.
Dalam kenyataan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) semalam, ia akan membentuk kemudahan bahan api tambahan bagi membolehkan syarikat pembekal tenaga (gencos) menjana elektrik jika perlu.





