PARA pengguna menghembuskan nafas lega dengan jaminan pihak berkuasa bahawa bekalan elektrik mereka tidak akan terganggu meskipun peruncit elektrik terpaksa menggantung perkhidmatan mereka.
Jaminan tersebut, yang diberi menyusuli keputusan dua peruncit bebas, iSwitch dan Ohm Energy, mengundurkan diri dari pasaran elektrik terbuka dapat memberi ketenangan kepada pengguna seperti Encik Safaruan Hashim.





