SEMASA beliau membesar, Encik Sallim Abdul Kadir sudah biasa melihat kedua-dua datuknya menyingsing lengan membantu masyarakat seberapa boleh.
Malah, bapanya, Haji Abdul Kadir Haji Mansoor Alkadree, juga sering menggalak beliau membuat kerja kebajikan.





