PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah membatalkan lesen The Online Citizen Pte Ltd (TOC) setelah laman itu berulang kali tidak mematuhi syarat lesen sebagai penyedia kandungan Internet (ICP) untuk mengisytihar sumber dananya.
Laman yang berdaftar sebagai ICP, seperti TOC, yang menyediakan kandungan yang memberi tumpuan kepada isu politik di Singapura, perlu telus tentang sumber kewangan mereka, kata IMDA dalam semalam.





