TOKOH batik tersohor Singapura dan penerima Pingat Budaya Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Encik Sarkasi Said, yang dikenali dengan panggilan 'Baron of Batik' meninggal dunia pada Khamis malam (14 Oktober).
Allahyarham yang dikenali sebagai insan seni yang tidak lelah berjuang meski menghidap penyakit ginjal yang dideritai sejak dua tahun lalu dilaporkan tenat menyusuli kerosakan kedua-dua ginjalnya, baru-baru ini.





