DALAM usaha membasmi amalan kerja tidak wajar dan melindungi pekerja daripadanya, dua agensi keselamatan swasta telah dibawa ke muka pengadilan kerana menetapkan agar pekerja mereka bertugas antara 17 hingga 20 jam sehari.
Erawan Security Services dan Volantra Security, setiap satu didakwa pada Khamis (14 Oktober), di bawah Akta Pekerjaan kerana menetapkan agar pekerja mereka bertugas lebih daripada 12 jam sehari...





