SEORANG guru 32 tahun di Singapura mengharapkan pendapatan tambahan daripada tugas sambilan demi menyokong keluarga tetapi pada akhirnya kehilangan hampir $4,000.
Beatrice (bukan nama sebenar) bercadang mengambil tugas sebagai "pembantu dalam talian", tawaran yang lumayan kerana pendapatan bulanan yang menarik sebanyak $8,000 selepas terpandang beberapa iklan bagi pekerjaan itu di platform media sosial.





