SENIMAN batik tersohor Singapura dan penerima Pingat Budaya, Encik Sarkasi Said, 81 tahun, sedang mengalami sakit berat menyusuli kegagalan pada kedua-dua ginjalnya, kata anak lelakinya Encik Ika Zahari Sarkasi.
Menurut Encik Ika yang dihubungi pada Isnin (11 Oktober), bapanya telah dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibawa pulang kerana doktor tidak dapat melakukan apa-apa lagi untuk terus merawatnya.





