SYARIKAT aeroangkasa di Singapura sedang mencari individu bagi mengisi sekitar 1,000 jawatan dalam tempoh dua tahun mendatang, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, pada Isnin (11 Oktober).
Tugasan ini adalah bagi bidang kerja seperti khidmat digital dan teknologi berautonomi termasuk penganalisa data, jurutera robotik dan automasi serta teknisyen pesawat.





