USIA hanya satu angka sahaja.
Sedang penyanyi lain pada usianya sudah mula memperlahankan penglibatan mereka dalam dunia seni suara, legenda Papa Rok Singapura, Datuk Ramli Sarip, yang usianya sudah menjangkau 69 tahun, masih bertenaga untuk menghasilkan satu album penuh.





