JEMAAH yang telah berkunjung ke Masjid Al-Falah baru-baru ini dinasihatkan memantau kesihatan mereka selepas satu kes jangkitan Covid-19 telah dikenal pasti di masjid di Orchard itu.
Menurut laman Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, Masjid Al-Falah ditutup dari waktu asar hingga isyak semalam bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.





